Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan dua lelaki antara pengedar dadah terbesar di Terengganu


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dipercayai antara pengedar dadah terbesar di Terengganu dalam dua serbuan berasingan, melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM100,000.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata tangkapan pertama melibatkan seorang pembantu kedai runcit berusia 25 tahun di garaj sebuah rumah di Jalan Kubang Buyong di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu lepas.

Beliau berkata tangkapan kedua pula membabitkan seorang penganggur, berusia 22 tahun, di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Titian Baru, kira-kira pukul 1.00 pagi Khamis, yang menyaksikan polis merampas syabu seberat satu kilogram, pil kuda (400 gram) dan kodein (1.5 liter); rampasan terbesar di Terengganu, setakat tahun ini.

"Serbuan ini dilakukan hasil risikan selama sebulan oleh pegawai serta anggota kita yang menjalankan penyamaran bagi memerangkap mangsa.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua kes mempunyai kaitan dan kita percaya siasatan selanjutnya akan membawa kepada lebih banyak tangkapan selepas ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Aidi berkata ujian air kencing mendapati suspek pertama negatif dadah, manakala suspek kedua positif dadah jenis methamphetamine.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek pertama tidak memiliki rekod jenayah lampau, sementara suspek kedua mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah pada 2017 dan 2018.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, katanya.

 -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel