Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah bercadang untuk membuat  persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi tujuan menambah kerusi parti DAP di Parlimen, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

"Ini semua cerita dongeng yang kita tidak pernah dengar dan tidak pernah dibincangkan… yang pernah kita timbul dalam kabinet ialah masalah pindaan persempadanan semula yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan terdahulu,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan parti Amanah Shah Alam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam mengulas mengenai dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  semalam, bahawa terdapat usaha untuk meminda perlembagaan bagi tujuan membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Ahmad Zahid berkata kemungkinan berlaku juga pertambahan kerusi di kawasan bandar yang mana akan memberi tambahan bilangan kerusi tersebut kepada DAP.

"Tiada sebab kita nak ubah atau pinda (persempadanan) sekalipun kerana kita telah menang pada Pilihan Raya Umum yang lalu,” kata Khalid.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel