Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua penunggang motosikal maut rempuh kerbau di tengah jalan


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





SEREMBAN, 23 Jun (Bernama) -- Dua penunggang motosikal maut, selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh seekor kerbau yang berada di tengah jalan, di Jalan utama Serting Hilir dekat sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata ketika kejadian kira-kira 12.35 tengah malam itu, Muhammad Fakhri Fazim, 18, yang berasal dari Felda Tembangau 1, Pahang manakala Faqih Sarian Abdul Malik, 20, dari Felda Tembangau 4, dikatakan dalam perjalanan dari arah Serting Hilir menuju ke Felda Tembangau.

“Siasatan awal mendapati kawasan kemalangan di Jalan Utama Serting Hilir itu gelap, dan tiada lampu jalan. Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang masing-masing menunggang motosikal secara berasingan, telah bertembung dengan seekor kerbau yang kebetulan berada di tengah laluan mereka.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Fakhri meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel