Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Raja Permaisuri Agong tutup Melaka Culinary Challenge 2019


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





MELAKA, 23 Jun (Bernama) -- Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menutup pertandingan Melaka Culinary Challenge 2019 di Bachang di sini.

Pertandingan yang disertai 501 chef tempatan dan antarabangsa daripada Thailand, Mesir, India, Indonesia dan Singapura itu, diadili 37 anggota juri profesional dan 10 anggota juri latihan dari negara seperti Jerman, Singapura, India dan Denmark.

Melaka Culinary Challenge 2019 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini mempertandingkan 27 kategori masakan antaranya Hot Pasta Challenge, Tradisional Asam Pedas, Ice Carving, Burger Champion dan King of Teh Tarik.  

Tunku Azizah ketika bertitah menutup kejohanan itu turut berkongsi pengalamannya memasak asam pedas dan pengalaman menyertai pertandingan memasak makanan yang sinonim dengan rakyat Melaka itu.

“Pertandingan seperti ini kerap kami anjurkan di negeri Pahang dan juga di seluruh negara ….pada peringkat tempatan dan antarabangsa dan ramai chef yang ada di sini hari ini adalah rakan seperjungan saya.

“Kami bertanding memasak sesama sendiri, Chef Rizwandy Perin dan chef lain boleh mengaku di mana apabila pertandingan memasak di antara chef (diadakan). Saya bukan chef tapi saya sibuk masuk dapur,” titah Seri Paduka.

Turut berangkat anakanda Tunku Azizah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

Hadir sama pada majlis tersebut isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; isteri Ketua Menteri, Dalilah Awaludin; serta barisan anggota exco kerajaan negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel