Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 80,000 usahawan PKS berdaftar dengan KPLB - Rina


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KOTA BHARU, 23 Jun (Bernama) -- Sejumlah 83,968 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sehingga kini, kata Menterinya Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 27 peratus adalah usahawan wanita dalam pelbagai bidang perniagaan.

"Namun saya percaya lebih ramai usahawan yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka terutama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana takut melalui proses audit dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Mereka juga risau jika berdaftar dengan SSM tidak lagi akan mendapat bantuan kerajaan terutamanya Bantuan Sara Hidup (BSH)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Sazmi Miah.

Beliau berkata oleh itu, KPLB kini berusaha untuk mengubah minda usahawan PKS ini untuk lebih berpandangan jauh agar mereka mampu mengembangkan perniagaan pada masa depan.

"Kita nak usahawan sekarang mempunyai sudut pandang yang lebih positif supaya mereka boleh membantu orang lain pula. Apalah yang ada dengan BSH yang jika dikira hanya menyumbang sebanyak RM100 sebulan. Berilah kepada mereka yang lebih memerlukan.

"Kita tak nak lagi mereka menjadi usahawan yang 'cukup makan' atau menjalankan perniagaan secara sampingan. Kita mahu mereka benar-benar menjadi usahawan," katanya.

Mengulas mengenai kehidupan masyarakat Orang Asli yang masih ketinggalan terutama membabitkan infrastruktur, Rina berkata KPLB akan berusaha menyediakan kemudahan tersebut walaupun masyarakat berkenaan bukan di bawah tanggungjawab kementeriannya.

"Kita nak mereka juga dapat bekalan air terawat, elektrik dan jalan dan Insya-Allah itu usaha yang sedang giat dijalankan oleh KPLB ketika ini.

"Malah visi kita bukan sahaja untuk menyediakan kemudahan infrastruktur tapi turut mempertingkatkan sosioekonomi terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel