Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aspen Group beli 29.05 ekar tanah pegangan kekal di Paya Terubong


Tarikh kemaskini: 22/06/2019




BATU KAWAN, 22 Jun (Bernama) -- Aspen Group menerusi anak syarikatnya Aspen Park Hills Sdn Bhd membeli 29.05 ekar (11.62 hektar) tanah di Paya Terubong daripada Geo Valley Sdn Bhd untuk dibangunkan sebagai projek perumahan bercampur.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Aspen Group Datuk Seri Nazir Ariff berkata tujuh bidang tanah pegangan kekal  itu akan dibangunkan secara berperingkat, antaranya melibatkan menara kediaman yang dilengkapi kemudahan bersama, menara pangsapuri perkhidmatan dan kemudahan gaya hidup runcit. 

“Pembangunan yang dicadangkan itu akan mendapat manfaat daripada kemudahan dan infrastruktur sedia ada di bandar kediaman itu yang sudah matang termasuk Projek Jalan Berkembar Bukit Kukus yang akan menghubungkan Air Itam dengan kawasan FTZ di Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dua jambatan Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aspen Group yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, di sini hari ini.

Nazir berkata projek itu juga merupakan usaha sama pertama Aspen Group dengan Oxley Holdings Ltd, pemaju hartanah berpangkalan di Singapura.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel