Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insiden sesak nafas: Jabatan Pendidikan Johor akur keputusan kerajaan negeri tutup sekolah, tadika dua hari


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





JOHOR BAHRU, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Johor akur dengan keputusan kerajaan negeri untuk menutup tiga buah sekolah dan dua tadika di bawah kendaliannya, bermula esok.

Pengarahnya, Azman Adnan berkata pihaknya telah pun mengambil tindakan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah, sejurus ia diumumkan. 

“Jabatan ini akur dengan keputusan Jawatankuasa Teknikal untuk menutup sekolah-sekolah dan tadika di bawah kawalan Kementerian Pendidikan iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 dan Tadika Pintar Bestari Mawar selama dua hari bermula esok, 23 Jun, bagi tujuan perluasan radius pemantauan untuk memastikan tahap keselamatan terkawal.

“Penutupan sekolah ini melibatkan semua murid, guru dan kakitangan semua sekolah serta tadika yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memantau dengan dekat keadaan dari semasa ke semasa demi kebajikan semua pihak.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata penutupan sekolah dan tadika itu adalah bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan lanjut berhubung insiden sesak nafas yang membabitkan 15 orang murid di kawasan berkenaan Khamis lepas.

Kesemua sekolah dan tadika yang ditutup itu berada dalam radius antara 100 hingga 800 meter dari Sekolah Agama Taman Mawar, yakni tempat yang menjadi lokasi kejadian. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel