Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor cadang perkenal semula tanaman lada hitam untuk pendapatan sampingan peladang


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





KLUANG, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor berhasrat untuk memperkenalkan semula tanaman lada hitam sebagai satu cara memberi pendapatan sampingan kepada peladang negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi berkata penanaman itu mungkin akan dilakukan di kawasan-kawasan tanah rancangan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA .

“Dalam masa terdekat saya akan berkunjung ke Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Sarawak bagi melihat teknologi yang digunakan agar tanaman ini dapat dijadikan sebagai tanaman sampingan yang menguntungkan. Lagipun, ia pernah popular di negeri ini dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Program Reformasi Peladang Daerah Kluang 2019 di Persiaran Dato’ Haji Ismail Hassan, yang turut dihadiri oleh Anggota Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Datuk Ali Shikh Ahmad dan Pengaraj PPNJ, Abdul Jalil Bukhairah.

Sementara itu merujuk kepada peneroka tanaman kelapa sawit, Tosrin berkata mereka akan diperkenalkan dengan tanaman nanas MD2, bulan depan sebagai satu langkah untuk mengintegrasikan tanaman mereka.

Dalam masa sama, beliau berkata pihaknya bercadang untuk mentransformasikan kawasan Johor Barat di sini sebagai kawasan penanaman kontan dan komoditi dengan menggunakan sistem pertanian moden.

“Johor Barat ini meliputi daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kluang dan sebahagian daripada Muar. Kita akan menggunapakai sistem moden supaya dapat menarik minat orang ramai untuk menceburi bidang pertanian,” katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel