Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua projek pembangunan di Parlimen Larut diteruskan


Tarikh kemaskini: 22/06/2019




SELAMA, 22 Jun (Bernama) -- Dua projek yang tergendala di Parlimen Larut susulan peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan diteruskan, kata Anggota Palimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Beliau berkata kedua-dua projek tersebut ialah pembinaan fasa 2 Jalan Anak Kurau dari sini ke Kamunting sepanjang 6.4 kilometer (km) bernilai RM91 dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) berharga RM200 juta.

"Ini menunjukkan semua perancangan pembangunan walaupun bertukar kerajaan tidak bermakna pembangunan itu tidak akan diteruskan. Projek untuk kepentingan rakyat kita akan teruskan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat sini hari ini

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 12 Feb lalu berkata beliau tidak akan bertanding pada pemilihan kepimpinan Bersatu yang dijadualkan Sept ini, sebaliknya akan memberikan sokongan kepada kepimpinan termasuk di peringkat bahagian. 

"Keiklasan ini menunjukkan kita berkepentingan untuk memajukan kawasan dan bukan jawatan yang diutamakan," katanya. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel