Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Kesihatan P.Pinang periksa 55 premis jual arak dipercayai mengandungi methanol


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





BATU KAWAN, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 77 tin dan 20 botol arak pelbagai jenama yang disyaki diseludup masuk ke dalam negara kerana didapati tiada permit cukai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dalam pemeriksaan keatas 55 premis yang dipercayai menjual arak yang mengandungi methanol sejak bulan Mei lepas sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata tujuh notis saman bernilai RM12,800 dikeluarkan sepanjang operasi pemeriksaan itu.

Beliau berkata siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri juga mendapati semua arak yang dipercayai mengandungi methanol dibuat sendiri oleh sindiket memproses arak sebelum diisi dalam botol arak, dan ada juga arak-arak berkenaan didapati dijual di premis-premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.

"Arak itu dipercayai dibuat sendiri, dan kemudiannya dijual dengan harga murah iaitu sekitar RM10. Malah ia juga dipercayai diisi semula menggunakan botol arak seludup," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata 15 sampel arak pelbagai jenama juga telah diambil untuk diperiksa bagi mengenal pasti kandungannya.

Sebelum ini, enam lelaki termasuk dua warga tempatan dilaporkan maut akibat keracunan methanol selepas mengambil minuman keras dipercayai buatan sendiri dalam kejadian sejak bulan April sehingga 11 Jun lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel