Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

EGM KAFA 6 julai ini - Afandi


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





KOTA BHARU, 22 Jun (Bernama) -- Kongres Agung Luar Biasa (EGM) bagi memilih Presiden dan barisan Exco Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baharu akan diadakan pada 6 Julai ini, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah.

Afandi berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Exco KAFA yang berlangsung hari ini setelah mengambil kira desakan dan usul yang dikemukakan oleh beberapa persatuan bola sepak jajahan (PBJ) pada Khamis lepas selepas Bibi Ramjani Ilias Khan melepaskan jawatannya minggu lalu.

“Barisan Exco hari ini bertindak secara profesional bagi mengambil semangat dan kehendak PBJ untuk mengadakan EGM tanpa menunggu masa yang lama.

"Notis EGM akan kami keluarkan esok dan berharap PBJ yang ada kelapangan sila hadir ke pejabat KAFA untuk mengambil notis terbabit," katanya pada sidang akhbar di Wisma KAFA di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Afandi berkata KAFA kini membuka pencalonan kepada PBJ untuk mencalonkan mana-mana individu yang dirasakan sesuai untuk memimpin persatuan itu dan tarikh tutup pencalonan akan tamat sebelum 12 tengah hari pada 30 Jun ini.

"Mana-mana PBJ perlu mencalonkan sekurang-kurangnya satu individu untuk dicalonkan pada EGM dan sebaik kami terima senarai pencalonan, pihak kami akan menghubungi calon terbabit untuk tentukan pendirian mereka dan membuat keputusan sebelum 5 Julai.

"Kita mempunyai 15 jawatan untuk dipertandingkan pada pemilihan itu iaitu satu Presiden, satu Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 10 Exco," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua invidu menyatakan minat untuk menawarkan diri sebagai Presiden KAFA iaitu Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan usahawan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel