Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TM peruntuk RM2.4 juta bagi program sekolah angkat sejak 2003


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





MELAKA, 22 Jun (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memperuntukkan RM2.4 juta bagi pelaksanaan projek sekolah angkat di 15 buah sekolah terpilih seluruh Malaysia sejak tahun 2003 termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput yang dilancarkan hari ini .

Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM, Izlyn Ramly berkata menerusi program itu TM menyediakan perkhidmatan Unifi berkelajuan 100Mbps, makmal teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum, antaranya seperti membangunkan modul-modul berkaitan kepimpinan, prestasi akademik, kapasiti kokurikulum serta program membendung gejala sosial menerusi  kerjasama Yayasan Pintar.

“Kira-kira 20,000 pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat menerima manfaat daripada program itu dengan tempoh pelaksanaan selama tiga tahun bagi setiap sekolah,” katanya ketika ditemui Bernama selepas program itu, di sini hari ini.

“Sekolah Angkat TM ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar selain merupakan sebuah program menyeluruh yang mengalakkan penglibatan ibu bapa  serta masyarakat terlibat dalam program-program IT,” tambahnya.

Majlis pelancaran Program Sekolah Angkat TM itu disempurnakan oleh Anggota Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai dan turut dihadiri Pengurus Besar TM Melaka, Ramlan Omar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel