Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPJ keluar 56 saman motosikal Ops Khas Rempit


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





KUALA TERENGGANU, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 56 saman dalam Ops Khas Rempit yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar daerah Kuala Terengganu, semalam.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata operasi di laluan persimpangan lampu isyarat di sekitar Gong Badak dan jalan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud itu disertai 10 anggota dan pegawai penguatkuasa, dengan tumpuan diberikan kepada usaha membanteras kegiatan lumba motor haram.

"Anggota penguatkuasa kami menyamar dengan berpakaian biasa dan menjalankan pintasan bagi menahan mat rempit di sekitar kawasan berkenaan. Hasil tindakan terancang kami berjaya menahan 130 motosikal dan mengeluarkan 56 saman kepada penunggang motosikal," katanya dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Zulkarnain berkata kesalahan yang dikesan adalah penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu (sembilan kes), menunggang motosikal di bawah umur (lima kes), tiada cukai jalan dan insurans (empat kes) serta tidak memakai topi keledar (27 kes).

Kesalahan lain adalah mengubahsuai ekzos motosikal (dua kes), tiada cermin sisi (lima kes) dan pemasangan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan atau spesifikasi (empat kes).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel