Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Etiqa Takaful laksana tuisyen percuma kepada pelajar asnaf


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





TANAH MERAH, 22 Jun (Bernama) -- Etiqa Takaful dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Islamic Aid Malaysia (IAM) melaksanakan tuisyen percuma kepada murid sekolah rendah daripada golongan asnaf yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Abdul Halim berkata Kelantan merupakan perintis program tuisyen percuma itu melalui projek Bantuan Pendidikan Etiqa Takaful bersama IAM yang melibatkan murid di dua sekolah rendah di Tanah Merah.

"Pada program julung kali ini seramai 130 pelajar yang bakal menduduki UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Panau dan SK Klewek dipilih menjayakan program ini.

"Ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak kami melalui program pendidikan," katanya kepada pemberita selepas Program Kasih Syawal di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Kampung Perala di sini, hari ini. 

Zafri berkata pelaksanaan program itu adalah untuk membantu pelajar miskin yang terdiri daripada anak penoreh getah dan petani.

"Bukan sahaja tuisyen percuma malah kami turut membekalkan makanan supaya mereka mendapat nutrisi yang mencukupi agar dapat belajar dalam suasana yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata program yang dilaksanakan sejak Mei lepas diharap dapat meningkatkan prestasi pelajar di kawasan luar bandar.

"Kita akan pantau keadaan murid-murid ini dari semasa ke semasa dan melihat perkembangan mereka terutama pada peperiksaan percubaan nanti,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel