Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

20 hingga 30 peratus KRT, SRS seluruh negara tidak aktif


Tarikh kemaskini: 22/06/2019




BACHOK, 22 Jun (Bernama) -- Kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada 8,400 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) tidak aktif selepas perubahan tampuk kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik berkata berikutan itu, kerajaan akan mengenal pasti punca sebenar masalah berkenaan berlaku.

"Tinjauan oleh pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mendapati ada KRT yang akftif, medium aktif dan tidak aktif.

“Justeru, kami di peringkat kementerian telah mengambil pendekatan membuat jelajah dari negeri ke negeri untuk memberi kefahaman bahawa dasar penubuhan KRT dan SRS masih diteruskan walaupun berlaku perubahan dalam kerajaan Persekutuan," katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih dan Sambutan Aidilfitri di sini, hari ini.

Md Farid berkata KRT dan SRS yang ditubuhkan sejak 40 tahun lepas adalah instrumen paling penting bagi JPNIN untuk mencapai matlamat utama kerajaan menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini. 

Beliau berkata kementeriannya masih berusaha untuk mendapatkan dana mencukupi daripada kerajaan untuk membantu KRT dari segi bantuan kewangan.

Katanya KRT dan SRS juga perlu mengadakan kerjasama erat dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel