Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi Johor disaran libatkan diri dalam sektor minyak dan gas


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





JOHOR BAHRU, 22 Jun (Bernama) -- Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) disarankan agar melibatkan diri dalam perniagaan berskala besar seperti sektor gas dan minyak di kawasan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sumber Manusia Sains dan Teknologi Negeri Aminolhuda Hassan berkata penyertaan itu bagi memastikan mereka dapat keluar daripada kitaran zon selesa, serta untuk kekal relevan dalam pasaran semasa.

Tambahan, sektor gas dan minyak itu katanya sentiasa berterusan selama puluhan tahun, sekaligus akan memberi manfaat berpanjangan kepada anggota koperasi.

“Cadangan ini juga bertepatan dengan matlamat dan sasaran kerajaan negeri untuk menjadikan bangsa Johor maju dan berprestasi tinggi," katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan KPMNJ kali ke 24 di sini, hari ini.

Sementara itu,  Pengerusi KPMNJ, Ahmad Daud berkata pihaknya akan melakukan kajian kesesuaian berhubung penglibatan dalam sektor itu, serta beberapa sektor lain termasuk pertanian dan pembangunan hartanah.

"Dari segi pembangunan hartanah, kita bercadang untuk mendirikan projek bangunan bercampur bernilai RM150 juta di sebuah tanah berkeluasan 1.01 hektar di Taman Tampoi Indah," katanya.

Katanya, projek bangunan 25 tingkat yang mengambil masa dua tahun setengah untuk disiapkan itu, adalah kerjasama pihaknya dengan syarikat swasta dan akan turut memberikan peluang kepada anggota KPMNJ untuk memiliki kediaman dan premis perniagaan pada harga menarik. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel