Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laporan JKD dibentang kepada perdana menteri minggu depan - Maszlee


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Laporan penuh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang siap hujung April lepas akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu depan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau sendiri akan membentangkan laporan itu bagi mendapat pandangan Perdana Menteri sebelum perincian lanjut dilakukan melalui pendekatan tertentu selepas itu.

"Jawatankuasa mengkaji keseluruhan sistem pendidikan negara yang diwujudkan melalui cadangan mesyuarat jemaah menteri telah menyerahkan laporan lengkap itu kepada saya awal bulan lepas.

"Selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, kita akan adakan beberapa siri makmal dan bengkel bagi memperhalusi laporan tersebut sebelum dibentangkan semula kepada kabinet pada masa yang akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis Silaturahim Aidilfitri Menteri Pendidikan di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, warga kementerian serta jemputan khas.

Dipengerusikan oleh Prof Emiratus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, JKD yang ditubuhkan pada Oktober tahun lepas telah mengadakan siri pertemuan melibatkan 3,141 pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan sebelum mengemukakan laporan lengkap cadangan menambah baik sistem pendidikan negara kepada kementerian pendidikan.

Maszlee berkata kajian semula dasar pendidikan negara itu termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti.

Beliau berkata antara lain, laporan yang menyentuh mengenai usaha memperlengkapkan pelajar berdepan masa depan yang mencabar, mengarusperdanakan TVET serta menempuh alam pekerjaan dalam Revolusi Industri 4.0

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel