Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

‘Port’ hisap dadah diserbu, 19 penagih dadah ditahan


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





SEREMBAN, 22 Jun (Bernama) -- Seramai 19 orang ditahan dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, di sebuah rumah yang dijadikan sebagai ‘port’ menghisap dadah di Felda Jelai, Gemas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Ramli Kasa berkata serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 7 pagi itu turut merampas dadah disyaki syabu anggaran seberat 2.50 gram.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak polis menahan kesemua 19 lelaki berumur antara 29 hingga 48 tahun di dalam rumah berkenaan.

“Polis turut merampas satu peket plastik lutsinar berisi bahan dadah berbahaya disyaki syabu anggaran berat kasar 2.50 gram yang dijumpai di dalam sebuah beg yang dipakai oleh seorang daripada 19 lelaki yang ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Tambahnya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kesemua suspek positif methamphetamine.

“Kesemua suspek juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan ada di antara mereka yang dikehendaki oleh pihak polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan kini direman bermula hari ini hingga Isnin manakala seorang lagi yang memiliki dadah direman hingga Selasa ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel