Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ITQAN dijangka tawar ijazah sarjana muda


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





TAMPIN, 22 Jun (Bernama) -- Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) merancang menawarkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam usaha melahirkan huffaz yang berdaya saing dalam semua bidang.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata usaha yang masih pada peringkat awal perancangan itu susulan pengajian peringkat diploma sepenuh masa yang ditawarkan institut itu tahun lepas. 

“Kita baru sahaja mendapat pengiktirafan (diploma) tersebut, InshaAllah kita akan menyusun strategi untuk memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz dan Hari Anugerah Kecemerlangan ITQAN kali yang ke-10 di Gemencheh, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membantu dari segi idea, kepakaran dan kewangan bagi memastikan kecemerlangan institut itu.

"Pihak yang bertanggungjawab harus mengambil langkah positif dan strategik untuk sentiasa menyemak dan menambah baik kurikulum yang diguna pakai agar sejajar dengan keperluan dan perkembangan sektor pendidikan masa kini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 43 orang graduan yang menerima Sijil Khatam Hafaz sekali gus membuktikan ITQAN mampu melahirkan graduan yang cemerlang dan mampu memberikan saingan dengan institusi ternama yang lain.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel