Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SKM sasar perolehan koperasi di Kelantan cecah RM1.5 bilion tahun ini


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





KOTA BHARU, 22 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan perolehan 846 koperasi di Kelantan pada tahun ini mencecah RM1.5 bilion.

Pengarah SKM Kelantan Efendee O.P. Andu berkata sasaran itu berdasarkan perolehan sebanyak RM1.3 bilion yang dijana oleh koperasi berkenaan pada tahun lepas.

“Kita percaya sasaran berkenaan akan tercapai memandangkan peningkatan aktiviti perniagaan serta penawaran perkhidmatan oleh koperasi di negeri ini yang dilihat memberangsangkan pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-24 Tahun 2019 Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (Koopguru) yang turut dihadiri Pengerusinya Ab Kadir Yaa’kob.

Efendee berkata, pihaknya juga berharap kerjasama dan ikatan ukhwah sesama koperasi di negeri ini dapat diperkukuhkan lagi agar dapat memaksimumkan hasil perolehan pada masa akan datang.

“Semua anggota koperasi perlu bergerak secara agresif dan bersepakat antara satu sama lain bagi mencapai sasaran tersebut," katanya sambil menambah terdapat 277,664 anggota koperasi direkodkan di Kelantan pada tahun ini.

Terdahulu, Ab Kadir turut menyampaikan zakat perniagaan Koopguru sebanyak RM100,000 kepada wakil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel