Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Khianat kubur: JAIM mohon orang ramai tampil salur maklumat


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





MELAKA, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian merosakkan batu nisan dan membakar kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang dekat sini malam tadi agar segera tampil salur maklumat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata saksi kejadian atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pihak JAIM atau balai polis berdekatan.

“Kita perlukan maklumat daripada orang ramai bagi membolehkan siasatan dijalankan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 62, Enakman 6 Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka 1991) kerana mempersendakan agama Islam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian tersebut yang melibatkan 20 batu nisan dirosakkan dan dua buah kubur lagi mempunyai kesan plastik dibakar  malam tadi.

Menurut polis sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel