kK8VZFJSxk0 APMM rampas 40,000 rokok seludup untuk pasaran di Kelantan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM rampas 40,000 rokok seludup untuk pasaran di Kelantan


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





PASIR PUTEH, 22 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas sejumlah 40,000 kotak rokok bernilai RM336,000 termasuk cukai duti import yang cuba diseludup masuk ke negara ini, semalam.

Pemangku Pengarah APMM Kelantan Komander Maritim Ismail Hamzah berkata rampasan itu dibuat hasil maklumat risikan sebelum enam anggota APMM membuat intipan pada pukul 11.30 pagi.

“Serbuan dilakukan di lokasi 1.7 batu nautika di timur Kuala Tongkong, Tumpat terhadap sebuah tongkang di kawasan tersebut.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota APMM, tiga lelaki bertindak memecut bot laju mereka ke kawasan tepi pantai dan meninggalkan ribuan kotak rokok di dalam tongkang berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Tok Bali di sini, hari ini.

Ismail berkata bot dan rokok berkenaan ditunda ke Pejabat APMM di sini untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Beliau berkata rokok berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di Kelantan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel