Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hilang ditemui mati tergantung pada pokok


Tarikh kemaskini: 21/06/2019





MUAR, 21 Jun (Bernama) -- Kehilangan seorang lelaki warga tempatan sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui tergantung pada pokok di kawasan semak berdekatan kebun kelapa sawit di Batu 8, Bukit Pasir, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki pada jam 1.05 tengah hari mengenai penemuan mayat  seorang lelaki yang tergantung pada pokok dalam keadaan berpakaian lengkap di sebelah motosikal mangsa

"Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat dan anak lelaki semati telah membuat pengecaman bahawa mayat tersebut adalah bapanya  L. Rajendran, 46, yang dilaporkan hilang pada 17 Jun 2019," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada ia membabitkan kejadian jenayah atau sebaliknya.

Bernama sebelum ini melaporkan polis mencari seorang lelaki yang hilang setelah keluar dari rumah sejak 17 Jun lalu dengan menaiki motosikal miliknya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel