Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jurutol nyaris maut, treler rempuh pondok tol


Tarikh kemaskini: 21/06/2019




MELAKA, 21 Jun (Bernama) -- Seorang jurutol wanita nyaris maut, selepas pondok tol tempat beliau bertugas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan hampas kelapa sawit seberat 28 tan, di Plaza Tol Ayer Keroh, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Supt Hasan Basri Yahya berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 12.40 tengah hari, apabila treler dari arah Tangkak, Johor, itu merempuh pondok tol tersebut.

Beliau berkata sejurus membuat bayaran, pemandu berusia 49 tahun itu mahu meneruskan perjalanan, bagaimanapun bahagian badan treler berkenaan terlanggar pondok plaza tol yang terakhir dan mengakibatkan ia roboh, lalu terkena mangsa yang sedang bertugas.

“Jurutol wanita berusia 48 tahun hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian pinggang, dan beliau dibawa oleh orang ramai mendapat rawatan di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya kejadian tersebut tidak melibatkan kenderaan lain dan pemandu treler tersebut juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel