Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencuri tegar ditangkap lagi larikan duit masjid


Tarikh kemaskini: 21/06/2019





KEPALA BATAS, 21 Jun (Bernama) -- Seorang penganggur yang pernah disabitkan kesalahan mencuri wang tunai dari tabung masjid dan dipenjarakan seperti tidak serik apabila dia ditangkap lagi semalam kerana mengulangi jenayah yang sama di Masjid Datuk Sheikh Adnan, Penaga di sini Rabu lepas.

Perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu terakam dalam kamera litar tertutup masjid berkenaan sebelum dia ditangkap kira-kira pukul 5.00 petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

"Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pengurusan masjid mendapati semua wang dalam tiga tabung bercantum antara satu sama lain tersebut telah hilang dan rakaman CCTV mendapati suspek berkenaan mengumpil tabung lutsinar itu sebelum mencuri semua duit terdapat di dalamnya," katanya di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis menemui wang tunai sebanyak RM292 dipercayai sebahagian wang dari tabung masjid berkenaan dan peralatan digunakan suspek untuk memecah tabung masjid.

"Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah mencuri lampau kini direman selama tiga hari untuk disiasat menurut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan," katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel