Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota APM tangkap ular sawa baham ayam


Tarikh kemaskini: 21/06/2019




LANGKAWI, 21 Jun (Bernama) -- Seorang wanita hampa buat kali kelima apabila ayam peliharaannya di Kampung Bukit Tekoh, dekat sini terus menjadi sasaran ular sawa.

Khairul Aida Ismail, berkata sejak tahun lepas sudah empat kali ayam peliharaan dalam reban berhampiran rumahnya itu dibaham ular sawa.

Katanya kejadian terbaharu berlaku kira-kira 8 pagi tadi semasa beliau ke reban untuk memeriksa seekor ibu ayam peliharaannya yang sedang mengeram telur.

"Sekitar 8 pagi tadi, saya ke reban tersebut dan ternampak ular sawa batik dalam keadaan kekenyangan setelah menelan ayam peliharaan. Saya kemudian minta anak saudara untuk hubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk datang menangkap ular tersebut.

"Hari ini merupakan kali kedua anggota APM datang bantu tangkap ular sawa,  tiga lagi tangkapan dilakukan oleh anggota bomba, " katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan APM Daerah Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10.08 pagi sebelum tiga anggota ke lokasi kejadian untuk menangkap ular tersebut.

"Anggota APM berjaya menangkap ular sawa sepanjang tiga meter dan seberat 25 kilogram itu dalam tempoh 12 minit,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel