Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPPNP perkenal projek agrovalley bernilai RM1 bilion


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





IPOH, 20 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) akan memperkenalkan projek 'Perak Agrovalley' yang menyasarkan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata projek itu yang akan diperkenalkan dengan ciri-ciri pembangunan integrasi membabitkan pelaburan teknologi pertanian moden dan agensi kerajaan serta swasta.

Katanya projek itu yang dirangka oleh PPPNP dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pertubuhan Peladang Kawasan serta Lembaga  Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan dibangunkan di atas tanah seluas 1,983 hektar.

"Projek pertanian ini berkonsepkan pertanian integrasi yang melibatkan tanaman kontan, tanaman sayuran, dusun buah-buahan dan pelbagai ternakan berdasarkan kesesuaian topografi kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah PPPNP di sini. hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata PPPNP juga telah melaksanakan dan merangka beberapa projek ladang integrasi bersama rakyat di ladang milik perbadanan berkenaan.

"Salah satunya adalah projek ladang integrasi di Ladang Gelong Gajah, Beruas meliputi integrasi antara kelapa sawit dan penternakan yang melibatkan enam orang penternak lembu dengan jumlah ternakan sebanyak 200 ekor lembu.

Dalam masa terdekat juga, PPPNP akan menjalankan integrasi antara kelapa sawit dan tanaman kontan antaranya tanaman nanas di Ladang Sungai Selinsing di Tapah serta tanaman kelapa sawit dan nanas di Lekir di Daerah Manjung," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel