Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dera: Pusat jagaan warga emas akan ditutup - Exco


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





SEREMBAN, 20 Jun (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan menutup pusat jagaan warga emas yang didakwa melakukan penderaan kepada penghuninya seperti ditularkan di media sosial, Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon berkata tindakan itu akan diambil mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Pusat Jagaan 1983 (Akta 506).

"Siasatan terhadap pusat jagaan warga emas itu telah dilakukan JKM pada 17 Jun lepas.

"Hasil siasatan terhadap pusat jagaan, pihak JKM negeri akan mengambil tindakan  penguatkuasaan penutupan pusat jagaan sehingga suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan perlu atau notis selanjutnya di bawah Akta 506," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya JKM turut menafikan siasatan dilakukan jabatan itu tidak telus seperti yang didakwa seorang waris hari ini.

"Untuk rekod, JKM telah ambil tindakan dan siasatan pada 18 Nov 2018 mengikut peraturan Pusat Jagaan 1993. Malah maklum balas setiap persoalan atau dakwaan secara bertulis telah diberikan kepada pengadu," katanya.

Hari ini, seorang waris kepada penghuni pusat jagaan berkenaan yang ingin dikenali sebagai Noni, 34, mahu JKM menyiasat perkara berkenaan dengan telus selepas mendakwa kecewa dengan jabatan itu yang telah menafikan aduan mengenai neneknya berusia 90 tahun yang didakwa diabaikan pusat jagaan itu.

Pada 17 Jun lepas, tular di laman sosial Facebook dakwaan warga emas di sebuah pusat jagaan warga emas di Seremban 3, di sini, didera seorang penyelia sejak tiga tahun lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel