Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KUALA TERENGGANU, 20 Jun (Bernama) -- Haiwan liar masih cenderung bertindak ganas meskipun telah dipelihara sejak kecil dan hidup jauh dari habitat asal mereka.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata orang ramai kadang kala tidak menyedari perkara itu malah ada yang mengabaikan keganasan haiwan berkenaan kerana sayang dan telah lama dibela.

“Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa hidupan liar tidak sepenuhnya jinak walaupun dipelihara sejak kecil dan haiwan tersebut masih cenderung pada naluri asal mereka,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai kejadian semalam yang menyebabkan seorang warga emas maut akibat digigit seekor beruk jantan.

Kejadian itu berlaku di Kampung Leban Besar, Tepoh Kuala Nerus dan beruk terbabit merupakan peliharaan mangsa, Ngah Muhammad, 72, sejak lima tahun lepas.

Bagaimanapun Abdul Malek berkata kecederaan yang disebabkan haiwan liar jarang berlaku dan mengikut rekod Perhilitan Negeri Terengganu hanya terdapat satu kes tahun ini dan dua kes tahun lepas.

Berikutan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada Perhilitan sebelum bertindak memelihara hidupan liar dengan mendapatkan maklumat tepat terutama berkaitan risiko pemeliharaan.

“Pemilik perlu memastikan keperluan dan sensitif dengan perubahan perlakuan haiwan yang dipelihara,” katanya.

Abdul Malek turut menyarankan orang ramai supaya segera memaklumkan kepada Perhilitan apabila berlaku kes yang melibatkan haiwan liar.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel