Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

YKTLJ bantu 1,367 pesakit kanser setakat ini dengan peruntukan RM6.35 juta


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





JOHOR BAHRU, 20 Jun ( Bernama) -- Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) setakat ini telah memberi bantuan kepada 1,368 pesakit kanser membabitkan peruntukan RM6.35 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shahrin Rahmat berkata bantuan itu meliputi peralatan,  perubatan dan rawatan.

“Bantuan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan iaitu B40 dengan yang paling muda kita bantu ialah kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya YKLTJ, di sini hari ini.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris berkenan berangkat merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ahli Lembaga Pengarah YKLTJ, Datuk Ismail Karim.

Pada majlis itu, Raja Zarith berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 125 pesakit kanser yang terdiri daripada 42 kanak-kanak dan 83 dewasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel