Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bank Muamalat sasar nilai gadaian RM90 juta menerusi kempen Ar-Rahnu baharu


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasarkan peningkatan nilai gadaian sebanyak RM90 juta menerusi kempen ‘Jom Pindah Ar-Rahnu dan Menang Satu Kilogram Emas’ yang berlangsung dari 1 Jun 2019 sehingga 31 Mac, 2020.

Ketua Jabatan Perbankan Penggunanya Zury Rahimee Zainal Abiden berkata Bank Muamalat meletakkan sasaran yang lebih tinggi bagi kempen selama 10 bulan itu berikutan kejayaan kempen ‘Ar-Rahnu dan Menang’ sebelum ini yang mencatatkan nilai gadaian sebanyak RM26.9 juta bagi tempoh kempen yang lebih pendek.

Beliau berkata kempen ‘Ar-Rahnu dan Menang’ itu yang diadakan bermula 1 Ogos, 2018 sehingga 31 Mac 2019  turut menyaksikan penambahan purata akaun baharu Ar-Rahnu sebanyak 2,700 sebulan.

“Secara keseluruhan, jumlah terkini akaun Ar-Rahnu adalah sebanyak 27,000 akaun dan menerusi kempen yang baru bermula ini, kita menyasarkan pertumbuhan kepada 50,000 akaun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi kempen Ar-Rahnu dan Menang Bank Muamalat, di sini, hari ini.

Menurut Zury Rahimee, segmen Ar-Rahnu telah menyumbang sebanyak empat peratus kepada pertumbuhan Bank Muamalat.

“Apabila kita cecah 50,000 akaun, sumbangan pertumbuhan dijangka mencecah lapan peratus,” katanya.

Bagi kempen ‘Jom Pindah Ar-Rahnu dan Menang Satu Kilogram Emas’ yang baru dilancarkan itu, beliau berkata, Bank Muamalat akan menawarkan hadiah berupa kepingan emas (999.99) secara bulanan kepada 200 pelanggan terpilih sepanjang kempen berlangsung. 

Sementara itu, pada majlis berkenaan Sharudddin Mohammad Nor diumumkan sebagai pemenang utama kempen tersebut dan memenangi hadiah Muamalat Gold Akaun berupa satu kilogram emas bernilai RM190,000, diikuti Abdul Ghani Abdullah dengan Muamalat Gold Akaun bernilai RM8,000.

Pemenang seterusnya P. Selva Kumaran dan B. Winson Kumar  masing-masing menerima Muamalat Gold Akaun bernilai RM5,000 dan RM3,000.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel