Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hyatt Hotels Corporation bakal buka lima lagi hotel


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) -- Hyatt Hotels Corporation bakal membuka lima lagi hotel di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memenuhi minat yang semakin meningkat kepada jenama itu dalam kalangan pelawat perniagaan dan santai.

Naib Presiden Hyatt Hotels and Resorts bagi Kawasan Asia Tenggara Datuk Willi Martin berkata hotel baharu - Park Hyatt Kuala Lumpur, Hyatt Place Melaka Island, Alila Dalit Bay, Centric Kota Kinabalu dan Hyatt Place Johor Bahru di Paradigm Mall itu - akan menjadikan jumlahnya kepada 10 hotel di seluruh negara, termasuk lima hotel sedia ada iaitu Grand Hyatt Kuala Lumpur, Hyatt Regency Kinabalu, Hyatt Regency Kuantan, Hyatt House dan hartanah Alila di Kuala Lumpur.

“Hyatt Place meruapakan jenama kami yang paling pesat berkembang dan kami memiliki lebih 300 Hyatt Place di seluruh dunia. Kami jangka untuk menggandakan saiz portfolio itu dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian pengurusan dengan WCT Holdings Berhad untuk membangunkan Hyatt Place Johor Bahru, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan kumpulan WCT Holdings Datuk Lee Tuck Fook berkata mereka yakin Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall akan mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat, serta pelawat perniagaan dan santai daripada bahagian lain Malaysia dan Singapura, bersandarkan prospek dan daya maju perniagaan di Johor Bahru. 

Hotel itu mempunyai 200 bilik tetamu, kafe, kolam renang, pusat kecergasan serta ruang mesyuarat seluas lebih 2,400 kaki persegi (225 meter persegi).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel