Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan bot dan lima nelayan Vietnam tangguk gamat secara haram


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





PASIR PUTEH, 20 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan bot dan lima nelayan Vietnam yang menangguk gamat di perairan  negara secara haram, pagi semalam.

Pemangku Pengarah APMM Kelantan, Komander Maritim Ismail  Hamzah berkata bot dan nelayan berkenaan ditahan 45 batu nautika dari Pantai Tok Bali, pada 10.56 pagi oleh kapal APMM yang membuat rondaan.

“Pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membenarkan mereka menangkap ikan atau sebaliknya di perairan negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata nelayan yang berumur  antara 30 dan 54 tahun serta bot mereka ditunda ke Ibu Pejabat APMM di Tok Bali bagi siasatan lanjut dibawah Akta Perikanan 1985.

Ismail berkata bot berkenaan telah diubah suai dengan  peralatan khusus  untuk menangguk gamat  yang boleh merosakkan kawasan pembiakan ikan dan ekosistemnya.

Katanya, nilai tangkapan termasuk bot dan 20 kilogram gamat dianggarkan berjumlah RM115,000.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel