Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTM lancar program “Kampus Tanpa Plastik Sekali-Guna”


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited meneruskan agenda kelestariannya dengan melancarkan program “Kampus Tanpa Plastik Sekali-Guna” bersempena Majlis Jamuan Hari Raya di sini, hari ini.

Program itu yang bertepatan dengan usaha awal IUTM dalam merealiasikan gagasan pelan Kampus Bersih dan Lestari, menyaksikan kakitangan dan pelajar universiti hanya dibenarkan untuk menggunakan bekas makanan atau plastik terbiodegradasi atau bekas makanan yang berasaskan tumbuhan-tumbuhan seperti kanji dan selulosa untuk semua aktiviti rasmi universiti.

Selain itu, mereka perlu menyediakan tong sampah berasingan untuk penggumpulan sisa makanan agar dapat diproses semula sebagai baja.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid Omar yang ditemui media selepas pelancaran itu berkata program merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mendidik warga universiti dan masyarakat agar bersama-sama menangani isu pembuangan sisa plastik.

“Bukan hari ini sahaja kita lakukan malah lima, enam tahun lepas kita telah usahakan tetapi belum sampai peringkat yang begini agresif.

“Jadi bermula sekarang semua orang perlu bawa bekas makanan masing-masing dan kita juga akan aturkan agar mereka tahu di mana perlu membuang sisa makanan terbabit,” katanya.

Beliau juga memberitahu mana-mana individu yang dikesan masih menggunakan bekas makanan plastik selepas ini akan dikenakan caj.

“Tidak semua orang akan gembira kerana mungkin sebelum ini mereka tidak pernah membawa bekas makanan sendiri tetapi kita perlu terima hakikat bahawa dunia perlu diselamatkan. Jadi jangan hanya pentingkan diri sendiri kerana jika dunia musnah, ia akan menjejaskan adalah anak cucu kita,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel