Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBJ desak KAFA percepatkan EGM


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) mengesa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melakukan Kongres Agung Luar Biasa (EGM) secepat mungkin bagi membolehkan pemilihan presiden dan barisan exco baharu dilakukan selepas peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu.

Wakil PBJ Kamarudin Mohamad berkata pihaknya mahu EGM itu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan persatuan tersebut mendapat kesan yang lebih parah.

"EGM perlu diadakan dengan segera oleh kerana presiden telah mengumumkan meletak jawatan, begitu juga dengan Bibi Ramjani Ilias Khan kami mahu beliau menyerahkan surat peletakan jawatan secepat mungkin.

"Selewat-lewatnya EGM tersebut perlu dilakukan dalam tempoh 21 hari selepas memorandum desakan dihantar hari ini kepada KAFA oleh PBJ," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada KAFA di wisma persatuan terbabit di sini, hari ini.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Eksekutif KAFA Ariff Hassan.

Sebelum ini, Bibi Ramjani telah mengumumkan peletakan jawatan presiden pada dua hari lepas dan beliau akan menghantar surat rasmi peletakan jawatan itu kepada KAFA dalam masa terdekat.

Kamarudin  yang juga Yang Dipertua PBJ Tanah Merah berkata pihaknya telah mempunyai senarai calon presiden untuk diangkat pada EGM bagi menggantikan Bibi Ramjani.

"Calon sudah ada dan mereka telah bersetuju untuk dicalonkan namun tidak baik kita umumkan sekarang senarai calon-calon terbabit.

"Kami mahu barisan exco KAFA yang sedia ada mengambil serius desakan ini," katanya.

Katanya pihaknya turut mohon maaf atas kesilapan milih presiden dan barisan exco sedia ada sebelum ini sehingga memberikan kesan tidak menyenangkan kepada KAFA dan pasukan Kelantan.

"Sebelum ini kami percaya dengan janji oleh presiden memandangkan persatuan dan pasukan berada dalam situasi meruncingkan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel