Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Fakta salah mengenai dakwaan pembalakan kayu belian Bukit Quoin, Tawau


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





TAWAU, 20 Jun (Bernama) -- Dakwaan kononnya berlaku aktiviti pembalakan dan pengeluaran kayu belian di kawasan rizab Jabatan Pertanian Bukit Quoin seluas 218 hektar di sini mungkin bermotif jahat untuk menjejaskan nama baik kerajaan Sabah.

Jabatan Perhutanan Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata pengadu yang mengeluarkan dakwaan negatif berkenaan serta disiarkan di sebuah akhbar tempatan itu memberikan fakta yang salah dan tanpa usul periksa.

"Jabatan Perhutanan Sabah ingin mengesahkan bahawa kayu belian yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merupakan kayu tumbangan lama yang terkumpul di kawasan tersebut hasil dari pembukaan tanah secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 70-an," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, pemeriksaan Jabatan Perhutanan Sabah bersama Koperasi Pertanian Sabah Berhad yang dilantik oleh Jabatan Pertanian, mendapati tidak ada sebarang kesalahan hutan dilakukan.

"Mengikut Enakmen Hutan 1968, bagi kawasan tanah bermilik, Jabatan Perhutanan Sabah tidak boleh menghalang pemilik tanah dari mengeluarkan atau menjual balak di kawasan tanah mereka untuk apa-apa tujuan yang difikirkan wajar tertakluk pemohon memenuhi syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan," kata kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan itu turut berkata pengeluaran dan pemindahan kayu belian berkenaan akan hanya dibenarkan setelah semua syarat-syarat dipenuhi dan cukai serta lain-lain bayaran berkaitan telah dijelaskan kepada kerajaan.

Semalam, Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah merangkap Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghazalie Ansing mendesak kerajaan negeri Sabah serta Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyiasat aktiviti pembalakan dan pengeluaran kayu belian yang dilakukan di rizab Jabatan Pertanian Bukit Quion.

Mengikut tinjauan, Ghazali berkata kira-kira 2000 meter persegi telah dipotong dan menanti masa untuk diangkut keluar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel