Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMP tersenarai antara universiti terbaik dunia


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) disenaraikan sebagai antara universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings (WUR) 2020 yang diterbitkan oleh QS Quacquarelli Symonds (QS), baru-baru ini.

Pencapaian itu diumumkan UMP menerusi kenyataan media di sini hari ini, yang meletakkan universiti itu sebagai universiti teknologi lima bintang apabila berada dalam kelompok 751-800 terbaik dunia. 

Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada enam kriteria penilaian iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, situasi per fakulti, nisbah pelajar kepada fakulti, perkadaran pengantarabangsaan fakulti dan perkadaran pelajar antarabangsa. 

"Bagi penarafan indikasi pengantarabangsaan fakulti menunjukkan UMP berada di kedudukan 360 terbaik dunia manakala prestasi baik dalam indikasi reputasi pula menunjukkan UMP berada di kedudukan 501 terbaik dunia," menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, Naib Canselor UMP Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff menyifatkan pencapaian itu menunjukkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran universiti yang memberi fokus kepada pelbagai aspek teknikal dan teknologi.

"Pencapaian ini merupakan petunjuk yang baik bahawa pendekatan pengajaran dan penyelidikan di UMP diiktiraf dalam melahirkan graduan yang kompeten menepati kehendak industri dan mendapat pengiktirafan antarabangsa," katanya. 

Wan Azhar berkata UMP juga komited meningkatkan prestasi dan amalan terbaik bagi memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dengan teknologi kejuruteraan lebih kreatif dan inovatif. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel