Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Satu landasan Lapangan Terbang Changi ditutup akibat dron


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





SINGAPURA, 19 Jun (Bernama) -- Penguasa Penerbangan AWam Singapura (CAAS) hari ini mengesahkan dron dikesan terbang tanpa kebenaran di kawasan sekitar Lapangan Terbang Changi semalam dan hari ini yang menyebabkan lapangan terbang itu beroperasi  dengan satu landasan.

"Bagi memastikan keselamatan operasi pesawat dan penumpang, operasi satu landasan digantung untuk jangka masa singkat antara jam 11 malam semalam dan 9 pagi ini,” kata CAAS sebagai repons kepada pertanyaan media.

CAAS berkata Lapangan Terbang Changi terus beroperasi dengan satu landasan sementara operasi di landasan satu lagi digantung.

Secara keseluruhanya, CAAS berkata kira-kira 37 jadual penerbangan berlepas dan ketibaan mengalami kelewatan/?????.

"Satu penerbangan ketibaan telah dialihkan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pasukan pelbagai agensi termasuk CAAS, Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Angkatan Tentera Singapura dan pasukan polis telah diaktifkan bagi menyiasat, mencari dan mengesan operasi dron tersebut.

CAAS menyatakan pihak berkuasa memandang serius penerbangan dron tanpa kebenaran yang boleh mengancam penerbangan atau membahayakan keselamatan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pesalah boleh dikenakan denda maksimum $$20,000 (RM61,131) atau hukuman penjara maksimum 12 bulan atau kedua-dua sekali, katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel