Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Singapura sambut baik laluan pejalan kaki berbumbung di tambak


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





 SINGAPURA, 19 Jun (Bernama) -- Singapura menyambut baik rancangan Malaysia untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung merentasi Tambak Selat Terbrau, walaupun ia belum menerima sebarang cadangan atau komunikasi rasmi mengenainya, demikian menurut akhbar, TODAY.

Menyebut jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT), laporan online itu menyatakan kini sudahpun terdapat laluan pejalan kaki di separuh bahagian tambak di sebelah Singapura di samping laluan kenderaan. 

“Kami menyambut baik pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan Johor Baru CIQ (Kempleks Kastam, Imigresen dan Kuanrantin) Johor Bahru yang bersambung ke laluan pejalan kaki di sebelah Singapura,” kata jurucakap itu.  

Dalam pada itu, jurucakap MOT itu berkata Singapura komited untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mencari penyelesaian praktikal dan efektif terhadap masalah kesesakan di tambak itu.

Adalah dilaporkan hari ini kerajaan Johor bercadang membina laluan pejalan kaki di Tambak Johor ke  Woodlands di Singapura sebagai langkah keselamatan akibat kesesakan lalu lintas yang teruk.

 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Mohd Solihan Badri berkata “ia masih di peringkat cadangan.”  

Laluan pejalan kaki sepanjang 1.2 kilometer itu akan dibina di laluan motosikal sedia ada di kiri kanan tambak dan akan dipasang bumbung.  

Projek itu dijangka menelan belanja kira-kira RM15 juta, kata Mohd Solihan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel