Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kumpulan pertama durian beku Malaysia tiba di China


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kumpulan pertama eksport buah durian beku Malaysia ke China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong hari ini.

MASKargo dalam satu kenyataan berkata Penerbangan MH6170 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 pagi hari ini dengan membawa empat tan metrik buah-buahan beku dan tiba di Shanghai pada 5.35 petang waktu tempatan selepas singgah di Kota Kinabalu. 

Sebelum ini, durian Malaysia hanya dihantar ke China dalam bentuk pulpa atau pes.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik bagi kami daripada segi pengembangan perniagaan. Lonjakan dalam eksport durian ini adalah disebabkan sekarang ini, China memberi kelonggaran dengan membenarkan import buah durian dari Malaysia. 

“Buah-buahan ini disimpan dalam bilik sejuk sebelum dihantar melalui kontena kawalan suhu Envirotainers," kata Ketua Pegawai Komersil MASKargo Jason Thomas. 

MASkargo bekerja rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk memastikan bahawa syarat-syarat eksport yang ketat telah dipenuhi.

Subsidiari logistik kargo udara, Malaysia Airlines turut bekerjasama dengan pengendali lapangan terbang di China bagi melicinkan operasi.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengeksport, BEHO Fresh Sdn Bhd dan kilang pemprosesan durian, PHG Ever Fresh Sdn Bhd kerana memilih MASkargo untuk penghantaran julung kali ini,” tambah beliau.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel