Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sykt Jerman dapat bantu Malaysia dalam projek biogas mampan - MGCC


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat Jerman dapat membantu Malaysia dalam pembangunan projek biogas mampan, kata Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC). 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Daniel Bernbeck berkata Malaysia menjana biomas minyak sawit yang banyak -- dianggarkan sebanyak 80 juta tan sisa pepejal dan 60 juta tan sisa cecair setiap tahun.

Beliau berkata pecahan kecil telah diubah menjadi produk nilai ditambah manakala peratusan yang besar masih tidak digunakan.

"Jerman sudah lama dikenali sebagai perintis dalam bidang penjanaan dan pemanfaatan biogas. Negara ini mempunyai teknologi yang terbukti dan dapat menawarkan pengalamannya dalam mengubah bahan buangan menjadi tenaga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kaunselor Ekonomi, Komersil dan Hal Ehwal Alam Sekitar, Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur, Jens Brinckmann berkata syarikat Jerman di Malaysia sentiasa menjadi sumber teknologi dan inovasi.

"Pengetahuan mereka dapat dipindahkan kepada ekosistem setempat untuk kepentingan semua pihak," katanya.

MGCC menganjurkan acara tenaga boleh baharu selama tiga hari, Biogas Simposium 2019 semalam, diikuti sesi padanan perniagaan yang berlangsung selama dua hari.

Acara ini disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan dan Tenaga Jerman, dengan penyertaan daripada penceramah pakar, penyedia penyelesaian dan wakil syarikat dari sektor berkaitan biogas di Jerman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel