Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Inisiatif keusahawanan sasar penyertaan pelajar


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Golongan muda yang berminat menjadi usahawan dipelawa untuk menyertai satu kempen untuk mereka meneroka peluang perniagaan yang diberi nama ‘100 Series Live Pitching 2019’ yang berusaha untuk memberi khidmat kepada golongan belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Brand 21 Organisation Alvin Soh berkata inisiatif itu bertujuan mempromosikan pembangunan landskap keusahawanan dalam kalangan pelajar dan golongan belia di Malaysia.

“Pada zaman sekarang, golongan belia mempunyai banyak idea-idea kreatif, sesetengah idea inovatif mereka itu boleh dikomersialkan, sekali gus merubah dan memajukan lagi keseluruhan landskap perniagaan," katanya kepada Bernama.

Dijadual dilancarkan pada 7 Sept di The Quill City Mall di sini, acara itu menyasarkan penyertaan usahawan yang berminat, terutama dalam kalangan pelajar universiti awam dan swasta.

Soh berkata terdapat keperluan untuk menghubungkan golongan belia dengan dunia korporat perniagaan untuk membina satu ruang di mana idea-idea bertukar menjadi realiti.

"Tiada apa yang lebih menggembirakan kami daripada dapat menyediakan platform untuk mereka (golongan belia) dan menyokong pemain industri mempromosi dan membangunkan budaya keusahawanan dalam kalangan orang muda," kata beliau.

Sebanyak 15 idea inovatif terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah semasa yang dihadapi industri akan diserlahkan pada majlis makan malam 100 Series Summit & Gala Dinner yang dijadual diadakan pada November.

Para peserta akhir berpeluang memenangi alat perniagaan dan kemudahan lain untuk membantu mereka memulakan perniagaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel