Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Negeri lain disaran contohi Selangor hindari penyedut minuman plastik


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





CYBERJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc) menyarankan negeri lain mencontohi langkah Selangor yang mensyaratkan penyedut minuman plastik, hanya diberikan atas permintaan mulai 1 Julai depan.

Ketua Setiausaha Mestecc Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya berkata Selangor mengambil langkah yang proaktif dalam menghindari penggunaan plastik sekali guna, sekaligus menyumbang kepada kelestarian alam. 

"Langkah ini boleh dicontohi kerajaan negeri yang lain," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Mestecc di sini hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian mengumumkan mulai 1 Julai, semua premis makanan dan minuman termasuk restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel