Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tumpas sindiket penyeludupan rokok terbesar negara


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





ROMPIN, 19 Jun (Bernama) -- Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai terbesar di Malaysia untuk tahun ini, melibatkan rampasan 279,000 karton rokok bernilai RM4.868 juta pada serbuan di  Leban Chondong di sini, hari ini. 

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Mohd Yusoff Mamat berkata rokok tersebut dirampas daripada tiga lori lima tan berwarna putih yang dipintas oleh Unit Gempur Marin di Jalan Leban Chondong menghala ke Muadzam Shah, pada 2 pagi. 

Kataya, rokok pelbagai jenama itu dianggarkan bernilai RM1.544 juta dengan nilai cukai RM3.324 juta dan rampasan merupakan hasil daripada intipan pasukan Bukit Aman selama dua minggu. 

"Kita menahan tiga suspek lelaki berusia antara 20-an ke 50-an, yang memandu lori tersebut dan rokok tersebut dipercayai diseludup ke negara ini menggunakan modus operandi baru dengan menggunakan bot besar. 

"Sebuah bot besar dipercayai dari Vietnam berlabuh di perairan Nenasi, sebelum beberapa bot pancung berkuasa tinggi milik warga tempatan membawa rokok seludup itu ke darat," katanya pada sidang media di Markas Taktikal Tanjung Gemok di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata beberapa buah lori pula menunggu di darat untuk membawa rokok tersebut yang dipercayai untuk edaran secara terus sekitar Kuala Lumpur, Kuantan, Pahang sehingga ke Kota Bharu, Kelantan. 

Beliau berkata siasatan lanjut kes itu kini dijalankan Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967. 

Polis, juga menurut Mohd Yusoff akan memberi lebih tumpuan di Daerah Rompin dalam membanteras aktiviti penyeludupan rokok yang dilihat semakin menjadi pilihan mereka untuk melakukan jenayah itu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel