Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya ATM


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan hari ini.

Ketibaan Seri Paduka berdua di Wisma Perwira ATM di sini disambut Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Turut hadir pada majlis itu Panglima Tentera Darat Jeneral, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Seramai kira-kira 3,000 tetamu dan jemputan warga ATM hadir ke majlis tersebut.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 anggota ATM yang cedera yang diraikan pada majlis itu.

Mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota ATM yang cedera semasa penugasan operasi dan latihan atau terlibat dalam kemalangan semasa di dalam perkhidmatan

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel