Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak perempuan maut terkena kipas siling


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang, dekat sini. 

Dalam kejadian kira-kira 10 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai telah melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.  

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata akibat kecederaan di kepala, mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin lepas.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian disebabkan kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata bapa saudara mangsa berusia 25 tahun itu telah ditahan kira-kira 1.15 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel