TM4MDV06ygU Tujuh laporan polis, 10 saksi dipanggil berhubung dakwaan kes dera warga emas
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh laporan polis, 10 saksi dipanggil berhubung dakwaan kes dera warga emas


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- Sebanyak tujuh laporan polis telah diterima dan 10 orang saksi telah dipanggil untuk dirakamkan percakapan berhubung kes warga emas yang didakwa didera di sebuah pusat jagaan di sini, seperti ditularkan di media sosial Facebook, sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata laporan itu dibuat berikutan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan premis pusat jagaan orang tua yang didakwa mendera warga emas.

“Isnin lepas, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang pengadu wanita berusia 34 tahun kira-kira pukul 4.35 petang dan pengadu menyatakan kira-kira 12 tengah hari, dia menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada bekas pekerja di sebuah premis pusat jagaan orang tua yang terletak di Taman Seremban 3 dengan menyatakan terdapat kes penderaan ke atas penghuni premis tersebut.

"Laporan itu juga dibuat berikutan daripada sebuah rakaman video yang viral di laman sosial mengenai kelakuan seorang wanita yang didakwa sebagai penyelia di premis tersebut sedang membuli seorang warga emas yang disyaki berlaku di premis tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 351/ 352 Kanun Keseksaan

Isnin lepas, tular di laman sosial Facebook berhubung dakwaan warga emas di sebuah pusat jagaan warga emas di Seremban 3 didera seorang penyelia sejak tiga tahun lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel