Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UDA Holdings lancar UDA Cares


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





JOHOR BAHRU, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Bhd (UDA) hari ini melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), UDA Cares untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Terdapat empat tonggak baharu diperkenalkan dalam program tersebut iaitu UDA Cares-Educational, UDA Cares-Entrepreneur, UDA Cares-Project RE dan UDA Cares-Enriching Life.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Zahrin Zakaria berkata UDA Cares merupakan program berkaitan pendidikan, usahawan, komuniti, kesihatan dan persekitaran.

“Program UDA Cares merupakan platform kepada UDA untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat terutamanya dalam lingkungan wilayah pembangunan UDA,” katanya dalam ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 anjuran UDA Land South Sdn Bhd dan Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Beliau turut merasmikan UDA Cares pada majlis itu.

Memberikan contoh UDA Cares-Educational, Zahrin berkata sebanyak 11 sekolah rendah dan menengah dipilih menjadi sekolah angkat UDA yang bakal menerima sumbangan RM30,000 untuk menjalankan aktiviti atau program pembangunan pelajar.

Secara simbolik, sebanyak dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Uda Utama dan Sekolah Kebangsaan Sungai Danga menerima cek bernilai RM30,000 setiap satu.

“Sumbangan yang dihulurkan bagi program sekolah anak angkat adalah untuk kegunaan akademik dan kokurikulum khususnya kepada program yang membawa kebaikan dan manfaat kepada pelajar secara menyeluruh,” katanya.

Bagi UDA Cares-Entrepreneur, beliau berkata pihak UDA kini sedang berbincang dengan Kementerian Pembangunan Usahawan untuk melihat program yang bersesuaian bagi membantu golongan usahawan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel