Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tukang kebun sekolah direman kes amang seksual terhadap pelajar


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





MELAKA, 19 Jun (BERNAMA) -- Seorang tukang kebun sebuah sekolah menengah di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sekolah tersebut, bulan lepas.

Tempoh reman sehingga 25 Jun ini terhadap suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini. 

Penahanan reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 

Hasil siasatan mendapati perbuatan suspek terbongkar, selepas ibu mangsa terbaca perbualan antara suspek dan anaknya menerusi khidmat aplikasi WhatsApp, yang mengandungi unsur kelucahan termasuk mengajak mangsa melakukan hubungan seks serta meminta gambar lucah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan perintah reman tersebut.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel