Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kencana Healthcare bangunkan hospital pakar, hotel di tanah wakaf 


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





JOHOR BAHRU, 19 Jun (Bernama) -- Kencana Healthcare Sdn Bhd (Kencana Healthcare) akan membangunkan hospital pakar dan hotel di atas tanah wakaf seluas 2.2 hektar di Bandar Baru Uda, di sini, yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2022.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, pembinaan di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) berkenaan melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM604 juta.

"Hospital berkenaan bakal menyediakan 306 katil pesakit, hotel bertaraf empat bintang itu pula menawarkan 154 bilik manakala lebih 1,000 tempat letak kereta turut disediakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar PIJ, Abdul Rashid A Rahman.

Ahmad Raziff berkata pembangunan di atas tanah wakaf itu merupakan projek perintis yang pertama seumpamanya di negara ini dan berharap projek sama dapat diperluaskan pihaknya di negeri lain.

Menurutnya, projek itu bakal memberikan pulangan balik kepada MAINJ dan PIJ bernilai lebih RM945 juta dalam tempoh 60 tahun iaitu bersamaan RM15.6 juta setahun dan RM1.3 juta sebulan melebihi kos komersial tanah.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel